Penyesalan
July 21, 2018, 4:48 AM ϟ 0 Babbling

Hi. Sekarang hampir 4.20 pagi dan bermacam macam bermain di minda saya sekarang ni. Pelbagai karenah dan masalah timpa saya pada tahun ini. Maaf lah, saya lemah sedikit kalau membuat essay dalam bahasa melayu yang agak panjang lebar ni. Ye lah kan, bila je last buat karangan dengan penuh adab sopan santun dan formal dngn mengunakan tatabahasa yang lengkap.

Aku sebenarnya menyesal. Menyesal yang teramat sangat. Hal kerja/hidup dan juga soal hati. Dah sampai satu tahap yang aku rasa aku nak terus kaya. Nak terus lompat ke masa hadapan. Soal hati? Aku rasa macam taknak bercinta dah. Semua perempuan, sama sahaja! Tapi ada sorang yg aku rasa tak sama langsung. Shes totally different!

Tapi sekarang ni aku taknak kaitkan dngn hal kerja aku sebab yang tu, biar lah aku sendiri simpan. Kalau bercerita kang, takut tk jadi lak. Tk surprise ah abang aziq nak buat comeback nanti.

Hal cinta? Ye aku pernah dilamun cinta tahun lepas. Semenjak lepas bertahun lamanya aku tidak bercinta, akhirnya aku jatuh cinta dan menaruh harapan dekat orang yang salah. Effect dia sampai la ke sekarang ni sampai aku rasa semua perempuan sama sahaja. Tapi aku masih ada pegangan agama which takkan terpesong ke homosexuality.

Hanya disebabkan seorang wanita ni, habis kesemua wanita aku golongkan pada spesis yang sama. (Kecuali mak and adik aku). Aku tkde la nak letak kesemuanya ni atas kesalahan dia sebab aku pun ada salahnya juga, tapi tu lah, kesan dia amat mendalam kat aku.

And one day, aku ada kenal dngn seorang wanita. Yang aku tak nampak satu pun cacat cela. Bukan perfect 100% yang aku maksudkan tapi weakness dia tu yang aku nampak cantik. Bak kata omputeh, im fall into ur flaws. Dan dia kuat. Kuat menempuh segala cabaran dalam hidup dia malah, aku nampak, usaha dia untuk menjadi better person tanpa berharap dekat lelaki. Bagi aku, aku rasa amat sukar nak jumpa orang seperti itu.

Punya lah susah aku nak berborak dgn dia masa tu, and finally, dia reply juga dm aku. Borak punya lama, pelbagai topic kami bincangkan dalam satu malam, sehingga berlarutan berminggu-minguan, dan seterusnya ke bulan yang seterusnya tanpa sebarang perkataan “bye”. Semua conversation kitorang bersambung. Contoh kalau tngah borak pasal topic vampirism, or historical sampai ke larut malam/awal pagi, kami akan sambung topic tu pada keesokkan harinya. Tanpa sebarang “bye”. Aku suka.

Belum baca blog/tumblr dia lagi. Haa shes family type of girl. Duduk rumah je manjang and jarang keluar. (Sebab tu aku tk jumpa dia lagi) and i know, shes worth to wait.
Haa kembali ke blog/tumblr dia, aku suka baca post dia. Banyak cerita tentang hal-hal kehidupan dia yang dia kongsikan. Kenapa aku suka baca? Sebab aku nak tahu psal kehidupan dia. Kalau la boleh, aku nak hadap sekali dngn dia. Satu lagi, english dia, dan bahasa melayu dia (tatabahasa), serious perfect gila. Aku nak je suggest dia terbitkan satu buku atau novel nanti.

Tu baru tentang topic yang kami bualkan, dan salah satu yang aku minat dekat sia. belum lagi tentang advices-advices yang aku minta dekat dia. Beribu patah perkataan dia reply dari segi nasihat dan pendapat. Paling aku seronok bila dia bagi nasihat/pendapat dia kat aku, sekali dengan point form dalam text. Kau faham tak? Effort dia tu weh. 100% lit!!!

Dia mungkin bakal menjadi cikgu dimasa hadapan nanti and inshallah, masa depan dia akan cerah tapi aku? Aku tk rasa can be better. Aku nak dia, tapi aku rasa ibarat langit dan bumi. Tapi mak aku pernah cakap. “Be better man, and u guys might complete each other”. So aku pun teruskan lagi persahabatan kami tu.

And one night, aku hancurkan kepercayaan dia kat aku. Dan aku menyesal!!! Kalau boleh nak patah balik ke malam tu tapi tak boleh. Dia memang susah nak percaya orang sebab ramai yang betrayed dia, kata dia. And aku convinced dia yg “u can trust me”. Of course 100% i meant it, but what i done is, im fucked up. Dia mengadu dekat aku tentang hal yang berlaku dekat dia and respond aku... mcm feedback dari budak sekolah rendah. “Think positive”. What?!  Aku lupa ke mcm mana effort dia masa nak bagi aku advice, tapi apa aku balas balik? Sepatah dua?! And yep, id broke that trust. Dia agak kecewa.

Lagi aku koyak when she actually said;

“I used to like you tho tbh. But it stopped since the day you kinda hurt my feelings by not helping me emotionally when i was fcked up with everything”

Kalau la aku boleh patah balik masa...

Siapa dia? Aku taknak reveal siapa dia tapi kalau korg baca post ni, tolong la doa yang baik-baik. Serious aku perlukan doa dari korang.

I’m sorry, NANS.



Ye, Aku perasan je post aku sebelum ni dalam english walaupun grammar aku terabur, tapi post kali ni dalam bahasa melayu cuz inspired by her.

new past

[ Owner ] [ Follow ]


Template by mhz .